Wednesday, November 25, 2009

saya nak ini

13 minggu hari ini.

Bulan lepas 42.6 kg. 2 hari lepas 40kg. Kepelikan. Saya mahu tunjuk pada kamu apa yang ada dalam benak-kepala saya. Sangat teringin merasa semua ini.Sikit pun jadi lah.Sangat terliur.Sangaaat.

gulai nangka masak lemak.mahu yg pedas.kat n9 hari tu ada nampak.tp saya xboleh nak amik.xberani.pantang.angin (lepas accident sedia maklum)




sayur bendi tumis.tumbuhan yang menjalar.bukan utk saya.walaupun ni yang selalu abah masak masa kat taiping dulu.rasa nak nangis la.





sayur petola.saya suka mcm ni saja.manis.tp x boleh.menjalar juga guna sulur paut.dah 7 bulan tak makan.






pucuk paku masak lemak.kalau letak cili api lagi sedap.dah hampir setahun tak makan.xboleh makan.rasa nak nangis juga.



rebung dan perut masak lemak.mahu yang pedas juga.saya tak pasti saya boleh makan rebung atau tidak dgn status saya sekarang.




masa kat n9 baru ni, dia tumis tempe dengan suun.sedap.saya makan cepat2 sampai xperasan dia letak bahan apa lagi.pedas2.masin2.oh tuhan.




pari cicah air asam.air asam yang letak buah tomato, air asam jawa dan bawang merah.banyak kat bomba taiping.




dendeng blado.kamu perasan tak.byk masakan nogori ni.



ikan cencaru sumbat.kena tgk org juga yang buat sambal tu.ada yang jadi.ada yang x.kat sini tak ada.




bergedil.tak mahu letak banyak sgt kentang.kali terakhir saya buat bulan puasa baru ni.tp x letak byk lada hitam.sbb dah pregnant.sedap kalau letak byk lada hitam n daun bawang.




tauhu sumbat.saya rindu tauhu sumbat.oh.

Terengganu dah jadi 'pulau'. Jalan keluar ke kelantan dan pahang di tutup.Saya tak ada chan nak rasa lauk2 tadi. Kes taun pun dah banyak.Tak berani nak makan kat luar.So saya hanya bawak bekal roti ke ofis.

Memasak?Sejak akhir2 ni memang xada rasa nak memasak.Sangat tidak ada.Ingat nak masak ikan pari cicah air asam tu.Tapi katanya buat masa ni bahaya beli ikan di sini.Telan air liur sajalah.

Ikan dah tak boleh beli.Tinggal sayur saja.Sayur yang saya teringin, semuanya yang saya xboleh makan.Sangat sedih.Lagi pun kat sini tak ada jual lauk2 sayur macam tu kalau nak di beli pun.Balik2 sayur tauge masak air.Kobis masak air.Semua masak air. Sayur hijau mmg payah nak jumpa.Aduhai.Kenapa kenapa kenapa.

Pengakuan ikhlas saya. Dalam masa 2 minggu ni dah 5 bungkus maggi tomyam saya makan.Curi2 makan.Makan sorok2 sorang2.Sebab saya sangat teringiiiiiiiin makanan yang pedas dan masam.Mmg tak baik untuk baby.Tapi kalau saya makan benda lain, wajib keluar balik.Muntah la la tu jugak.Kamu ingat senang nak cari makanan pedas kat sini?

Walaupun nak makan makanan yang pedas dan masam, tp asam dan jeruk bukan untuk saya.Bukan untuk pregnancy kali ini.





ada insan yg baik hati janji nak pos ini kepada saya.saya janji saya makan sikiiiiiiiiiiiit saje.betul2 sikit.

Sambung kerja sambil tatap gambar2 lauk pauk ni.Tengok gambar pun jadilah.

Tapi saya rasa pelik la.Nape rasa mcm nak nangis je.Huhu.

*pic googled*


Tuesday, November 24, 2009

Damia Arisa



Apabila background mama hanna adalah marine, harus lah dedah anak kpd marine juga. Pendapat peribadi, underwaterworld langkawi lagi best.lbh byk marine life.andddd ada penguin.2nd, underwater world singapore.sbb ada instructor kat touch pool untuk kanak2.touch pool dan kanak2.sangat mengujakan ok. 3rd, shirahama aquarium, japan.sangat real.sponges dan coral yang sangat comel.sangat heaven.

4th.aquaria klcc. =)

oh.bila sudah ada anak kecil beginilah.tiada lagi cinema.tiada lagi macam2.yang ada cuma zoo,lake garden,playground,underwaterworld,taman burung,taman buaya dan segala benda2 hidup yang bergerak.

tapi saya suka.


gambar terakhir sebelum bateri kong.^*#@!!

mama, hanna n paksu dan tangga.syurga hanna.


esoknya ke johor.berhenti di rnr.saya makan masakan minang di nilai..membesar di utara selama 19tahun. bermastautin di pantai timur selama 8tahun. tetapi masakan minang tetap menjadi pujaan hati!!!!!


azam dan anak sulung.upacara 'jejak tanah'.


encik ahmad dan keturunannya


si suami yang teruja melihat anak sedara.tahun depan turn dia pulak xtidur malam =)


pah dan Damia Arisa


mahu tukar.tak mahu dipanggil 'mak long'.kali ni ikut trend sblh perak selatan.sila panggil saya 'mak we'.

harum baby yang tak dapat di sangkal

yong soufiya dan sepupu

reaksi yang tidak dibuat2 apabila di beritahu yang dia juga akan mendapat adik.

mata si ibu.kening ibu. dagu sejemput ikut azam.

on the way balik ke trg, ditakdirkan bertemu jodoh untuk tersempak dgn si semek ni.

Baru 13 minggu.Tapi sudah fikir mahu buat majlis berendoi yang macammana.

Haha.

Monday, November 23, 2009

kemaruk nak tahu jantina punya pasal

Semalam.

Saya mimpi saya dah bersalin.Baby dah siap dimandikan, pakai baju semua. Orang dukung baby tu pastu bagi kat saya.Mama,abah,hubby, ramai la yang kerumun baby ni.Semua happy.

Dalam hati ni dah pelik.Nape orang tak bgtahu saya apa jantina baby ni.Tapi saya tengok muka baby macam lelaki.

Saya tak puas hati.Saya selak lampin dia.Saya intai.

Nampak cikpit.

HAHAHHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHHAHA

Thursday, November 19, 2009

Mak Long Huda

Akhirnya hanna dapat bezakan lori dengan bas.

'Lowy'. 'Bas'.

Sebelum ni saya risau sbb dua2 tu dia sebut 'bas'.Ok ni boleh dikira satu peningkatan lah.Senyum.

Mama Hanna: One

Hanna:Two

Mama Hanna: Three

Hanna:Four

Mama Hanna: Five

Hanna: Cix

Mama Hanna:Seven

Hanna: Eit

Mama Hanna: Nine

Hanna:Nine

Ulang sepuloh-kali pun, hanna tak akan sebut 'One' dan 'Ten'.Tengah fikir macammana nak ajar.Eh,tapi ni kira dah bagus juga.Sebab rasanya saya baru ajar dia One-Five saja.CD numbers tu pun takat tu saja.Tak ada Six-Ten. So bila baru ni dia sebut 6-9 tu, saya tertanya2 jugak mana dia belajar.

Dari selasa lepas sudah sampai di KL.Hubby ada kursus sampai jumaat ni.Lepas tu akan terus ke johor.Adik lelaki saya dapat anak pertama.Esok konvoi dengan mama mahu pergi majlis akikah.

Teruja weih.Dapat anak sedara pertama. =)

Wednesday, November 11, 2009

pretty in pink



two-year-old



Saya mahu gomol2 dia balik dari kerja nanti.

Tuesday, November 10, 2009

nobody

Bila terlalu mengharap ni payah juga.

Sampai tak boleh nak buat benda lain.Semua serba tak kena.

Tapi bila sorg teman ni suruh tgk video ni, saya dah tak peduli dah email yg ditunggu2 tu.Duduk la kau dalam tu sorg2.



video

Nota kaki: Saya berangan aksi minit 4:36 tu hanna yg lakonkan.

Wednesday, November 4, 2009

dua tahun sudah


Macam tak percaya. Anak sudah genap 2 tahun hari ni.

Saya rasa sudah tak terkira banyaknya saya bisik pada dia. Masa tengah sedih yang rasa nak benam kepala sendiri dalam tanah, masa tgh happy yang sampai rasa nak terbang tinggi ke langit, masa tgh tak tahu nak rasa apa - terawang2 xjejak tanah.

Pendek kata dalam keadaan saya stabil atau tak,saya akan peluk dia kuat2.

'You're my everything'




mahu edar kepada staf2 pejabat am n kawan2 pagi ni.


berani kerat jari.hanna xakan makan yg ini.dia akan simpan-genggam-kemas dalam tangan sampai-cair
-hanna-tak-makan-makanan-yg-cute-


oh-oh



Selamat hari jadi sayang. Mama sayang kamu.